Azeem Fahmi juara 100m Kejohanan Olahraga Bawah 23 Asia

9 Jul 2026, 3:43 PM
Azeem Fahmi juara 100m Kejohanan Olahraga Bawah 23 Asia

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia 2026 di Ordos, China, hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu mempamerkan larian bertenaga pada aksi final untuk muncul juara dengan catatan masa 10.17 saat (s), sekali gus menewaskan wakil Iraq, Falah Hasan Al-Khazaali yang meraih pingat perak menerusi catatan 10.21s.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelari Qatar, Salah Nur I A Yunis selepas mencatatkan masa 10.23s.

Terdahulu, Azeem mengesahkan slot ke final selepas muncul antara pelari terpantas dalam saingan separuh akhir dengan catatan 10.15s.

Kejayaan itu menjadi suntikan semangat buat Azeem yang kini memberi tumpuan kepada cabaran lebih besar pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, September depan, yang menjadi sasaran utamanya musim ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.