123,000 penerima B40 manfaat mySalam, tuntutan cecah RM108 juta

30 Jun 2026, 7:33 AM
123,000 penerima B40 manfaat mySalam, tuntutan cecah RM108 juta

SHAH ALAM, 30 JUN: Kira-kira 123,800 penerima daripada golongan B40 menerima manfaat menerusi Skim Perlindungan Kesihatan Sosial (mySalam) dengan jumlah tuntutan mencecah RM108 juta sehingga Mei lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata skim perlindungan kesihatan percuma itu terus dimanfaatkan secara aktif oleh golongan sasar, khususnya mereka yang berdepan risiko penyakit kritikal dan masalah kesihatan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, kadar penggunaan mySalam turut menunjukkan peningkatan apabila seramai 298,126 individu menerima manfaat dengan jumlah tuntutan RM276 juta pada 2025, berbanding 190,725 penerima pada 2024.

"Sejak diperkenalkan pada 2019 hingga Disember 2025, seramai 1.88 juta individu telah menerima manfaat mySalam dengan jumlah keseluruhan tuntutan yang dibayar mencecah RM1.42 bilion," katanya.

"Berdasarkan kriteria kelayakan semasa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini, seramai 9,151,849 penerima STR layak mendapat manfaat di bawah mySalam," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang meminta menyatakan tahap keberkesanan skim mySalam dalam membantu golongan B40 mendapatkan perlindungan kesihatan, khususnya bagi penyakit kritikal dan kos hospitalisasi.

Beliau menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang meminta menyatakan tahap keberkesanan skim mySalam dalam membantu golongan B40 mendapatkan perlindungan kesihatan, khususnya bagi penyakit kritikal dan kos hospitalisasi.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, baki dana berjumlah RM490.9 juta setakat tahun lalu membuktikan skim berkenaan masih berupaya dan berkesan untuk meringankan beban kewangan golongan sasar yang terjejas akibat masalah kesihatan.

Katanya, skim yang menyediakan bantuan kewangan bagi 50 jenis penyakit kritikal tersenarai termasuk kanser, buah pinggang dan jantung itu pada asalnya hanya dilaksanakan untuk tempoh lima tahun iaitu dari 2019 hingga 2023.

"Namun, selaras dengan komitmen kerajaan untuk membantu golongan B40 yang berdepan risiko kesihatan, pelaksanaannya sudah dilanjutkan sehingga 2026 melalui Belanjawan 2024 dan Belanjawan 2026," katanya.

Untuk rekod, skim mySalam mula diperkenalkan pada 2019 dengan jumlah dana permulaan sebanyak RM2 bilion yang disumbangkan oleh Great Eastern Holding Limited (GEHL).

Ia menyasarkan perlindungan takaful percuma kepada penerima bantuan tunai kerajaan berumur antara 18 hingga 65 tahun serta pasangan mereka.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.