MBDK terima Sijil Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi Projek Berimpak Tinggi

30 Jun 2026, 5:49 AM
MBDK terima Sijil Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi Projek Berimpak Tinggi
MBDK terima Sijil Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi Projek Berimpak Tinggi

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menerima Sijil Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Projek Berimpak Tinggi 2025 hasil kejayaan mempercepat proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bagi pembangunan industri.

Pengiktirafan itu diterima menerusi inisiatif Klang Fast Track Industry yang dibangunkan Jabatan Perancang Bandar MBDK dan disampaikan pada majlis anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara.

“Menerusi inisiatif tersebut, tempoh kelulusan KM industri berjaya dipendekkan daripada 57 hari kepada hanya 14 hari, selain memperkenalkan pendigitalan sepenuhnya sistem kerja serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP) bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan,” kongsinya di Facebook.

Menurut MBDK, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan berkenaan dalam memperkasa tadbir urus yang lebih cekap, berdaya saing dan mesra pelabur.

Kejayaan berkenaan turut mengukuhkan kedudukan MBDK sebagai antara PBT yang giat memacu transformasi digital dalam usaha mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti perniagaan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.