Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati dibuka semula esok

30 Jun 2026, 1:52 AM
Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati dibuka semula esok
Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati dibuka semula esok
Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati dibuka semula esok
Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati dibuka semula esok

SHAH ALAM, 30 JUN: Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati, Kuala Selangor akan dibuka semula bermula 1 Julai selepas selesai menjalani kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan fasiliti.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) memaklumkan kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan itu dilaksanakan bagi meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan serta pengalaman pengunjung.

Muzium berkenaan satu-satunya muzium di Malaysia yang mengetengahkan warisan permainan tradisional masyarakat tempatan menerusi pelbagai koleksi dan pameran.

Menurut PADAT, muzium itu turut berperanan sebagai medium pendidikan dalam memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda, di samping memupuk penghargaan terhadap nilai budaya, kreativiti dan semangat kebersamaan.

“Bagi memperkayakan pengalaman lawatan, demonstrasi permainan tradisional turut diadakan di ruang interaktif mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Selain menikmati pameran, pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi serta mencuba sendiri pelbagai permainan tradisional, sekali gus menghayati keunikan warisan budaya negara.

Muzium itu dibuka setiap Selasa hingga Ahad, dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang dengan kemasukan terakhir pada 4.30 petang.

Bayaran masuk ditetapkan RM3 bagi pengunjung dewasa warganegara Malaysia, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menikmati kemasukan percuma.

PADAT berharap pembukaan semula muzium itu dapat merancakkan kembali pelancongan warisan di Bukit Malawati, selain memberi peluang kepada masyarakat mengenali dan menghargai warisan permainan tradisional negara.

Orang ramai dijemput mengunjungi muzium berkenaan yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan rekreasi sesuai untuk seisi keluarga, institusi pendidikan serta pelancong dari dalam dan luar negara.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.