120 murid sekolah sertai program amalan gaya hidup sihat

24 Jun 2026, 12:30 PM
120 murid sekolah sertai program amalan gaya hidup sihat
120 murid sekolah sertai program amalan gaya hidup sihat
120 murid sekolah sertai program amalan gaya hidup sihat
120 murid sekolah sertai program amalan gaya hidup sihat

SHAH ALAM, 24 JUN: Seramai 120 murid Tahun Empat dan Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9 menyertai program Fitness Attack di sekolah itu hari ini.

Program anjuran pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dan pelajar Semester 4 Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah rendah.

Menurut kenyataan, program berkenaan dilaksanakan menerusi pelbagai aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan interaktif bagi menarik minat murid untuk kekal aktif sejak usia muda.

Inisiatif itu turut memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental selain menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti yang mampu meningkatkan tahap kecergasan diri.

Selain aspek kesihatan, Fitness Attack menjadi platform untuk menerapkan nilai kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta sepanjang program berlangsung.

Antara pengisian utama yang disediakan ialah sesi senamrobik dan aktiviti kecergasan berkumpulan yang direka khas bagi mendekatkan murid dengan budaya hidup aktif.

Penganjur berharap program tersebut dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan aktiviti fizikal serta membantu melahirkan generasi muda yang lebih sihat, cergas dan berdaya saing.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.