Bayi, wanita mengandung antara 20 mangsa terselamat dalam kejadian kepala air

20 Jun 2026, 12:09 AM
Bayi, wanita mengandung antara 20 mangsa terselamat dalam kejadian kepala air
Bayi, wanita mengandung antara 20 mangsa terselamat dalam kejadian kepala air
Bayi, wanita mengandung antara 20 mangsa terselamat dalam kejadian kepala air

IPOH, 20 JUN: Seramai 20 penduduk termasuk tiga bayi dan seorang wanita mengandung terselamat dalam kejadian kepala air di Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila, Gopeng semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.29 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata laporan awal memaklumkan berlaku kejadian kepala air di lokasi berkenaan sehingga mengakibatkan jambatan yang digunakan penduduk kampung Orang Asli runtuh.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, ketua operasi mendapat maklumat terdapat 20 mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua warga emas (seorang lelaki dan seorang wanita), lima lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa termasuk seorang mengandung serta tiga bayi.

“Kesemua mangsa terperangkap di rumah masing-masing dan berada dalam keadaan selamat serta mereka memaklumkan bekalan makanan juga mencukupi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Sabarodzi berkata 30 mangsa lagi yang keluar bekerja tidak dapat pulang ke rumah masing-masing akibat jambatan runtuh dan mereka ditawarkan menginap di Gopeng Highlands Resort sementara menunggu keadaan kembali reda.

Beliau berkata cuaca masih lagi hujan renyai-renyai dan keadaan air sungai masih tinggi dan berarus deras serta ketua operasi juga memaklumkan talian telefon dan Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) mengalami gangguan ketika di lokasi kejadian.

“Tindakan operasi melalui perbincangan bersama dengan pihak polis, pegawai daerah, pegawai dari Jabatan Kemajuan Orang Asli, ketua kampung, ketua balai BBP Gopeng dan pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia bersetuju menempatkan penduduk yang tidak dapat pulang ke rumah di resort berhampiran untuk sementara waktu dan membuat pemantauan berkala bagi meninjau keadaan semasa.

“Operasi melibatkan enam anggota BBP Gopeng dengan bantuan beberapa agensi berkaitan berjaya dikawal sebelum ditamatkan pada 8.55 malam,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.