Empat lelaki termasuk guru ditahan, polis rampas ganja bernilai RM1,085

19 Jun 2026, 9:02 AM
Empat lelaki termasuk guru ditahan, polis rampas ganja bernilai RM1,085

JERTIH, 19 JUN: Polis menahan empat lelaki tempatan termasuk seorang guru disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Raja di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata serbuan pada 1.30 pagi itu dilakukan hasil risikan polis di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, polis merampas bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 21.7 gram dianggarkan bernilai RM1,085.

“Saringan awal air kencing mendapati tiga daripada empat suspek berusia 25 hingga 36 tahun positif dadah jenis ganja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.