Kos cip memori naik mendadak, Apple rancang naikkan harga produk

18 Jun 2026, 3:17 AM
Kos cip memori naik mendadak, Apple rancang naikkan harga produk

WASHINGTON, 18 JUN: Pengeluar iPhone, Apple merancang untuk menaikkan harga produknya bagi mengimbangi kenaikan mendadak kos cip memori, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook.

"Malangnya, kenaikan harga tidak dapat dielakkan," katanya dalam wawancara dengan Wall Street Journal.

Beliau berkata syarikat itu telah berusaha melindungi pelanggan daripada kenaikan harga, namun keadaan berkenaan kini menjadi "tidak mampan."

Sebelum ini, media melaporkan kenaikan kos cip memori dan storan didorong oleh permintaan luar biasa daripada syarikat teknologi yang membangunkan pusat data kecerdasan buatan (AI).

Menurut Reuters, permintaan tinggi terhadap cip DRAM dan NAND mewujudkan persaingan sengit dalam kalangan pengeluar elektronik pengguna untuk mendapatkan bekalan komponen berkenaan, sekali gus menyebabkan harga meningkat secara mendadak.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.