Pekerja pelantar minyak meninggal dunia selepas mengadu sakit dada

17 Jun 2026, 3:20 PM
Pekerja pelantar minyak meninggal dunia selepas mengadu sakit dada

DUNGUN, 17 JUN: Seorang pekerja pelantar minyak meninggal dunia selepas mengadu mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada ketika berada di Pelantar Minyak Guntung-Delta, Paka dekat sini hari ini.

Ketua Polis Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di pelantar minyak berkenaan pada 7.30 pagi.

Beliau berkata sebelum itu pada 6 pagi, mangsa dipercayai mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada.

"Petugas perubatan pelantar minyak telah memberikan bantuan awal pernafasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu menggunakan helikopter pada 11.22 pagi.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.