Bekalan udang tempatan seluruh negara cukup, Selangor antara penyumbang utama

13 Jun 2026, 8:23 AM
Bekalan udang tempatan seluruh negara cukup, Selangor antara penyumbang utama

SHAH ALAM, 13 JUN: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memberi jamninan bekalan udang segar tempatan di pasaran seluruh negara adalah mencukupi, stabil, dan tidak mengalami sebarang gangguan bekalan ketika ini.

Ketua pengarahnya, Dato' Adnan Hussain memaklumkan keadaan itu disokong oleh prestasi kukuh subsektor udang marin negara yang merangkumi Udang Harimau (Penaeus monodon) dan Udang Putih (Litopenaeus vannamei).

Menurutnya, pengeluaran udang marin negara merekodkan 57,047.80 tan pada tahun lalu, dan 60,970.79 tan pada 2024, sekali gus menunjukkan trend penghasilan yang stabil.

“Dari segi nilai ekonomi, subsektor ini mencatatkan nilai borong sebanyak RM1.66 bilion pada 2024 dan RM1.53 bilion pada 2025, dengan anggaran nilai pasaran runcit melebihi RM2.1 bilion.

“Bagi tahun 2026 sehingga Mei, pengeluaran udang marin tempatan dilaporkan telah mencapai 14,308.36 tan dengan nilai borong sebanyak RM386.57 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Adnan berkata, Selangor merupakan antara penyumbang utama Zon Tengah dalam pengeluaran udang negara dengan rekod pengeluaran 2,463.17 tan pada 2025 bernilai RM84.85 juta, serta 852.71 tan sehingga Mei lalu.

Sehubungan itu, katanya, DOF memperketat kawalan biosekuriti di semua pintu masuk negara bagi mengelakkan risiko penyakit akuakultur seperti Early Mortality Syndrome (EMS) dan White Spot Syndrome Virus (WSSV).

Jelasnya, langkah penguatkuasaan ini turut memastikan produk akuakultur di pasaran tempatan sentiasa berada pada tahap yang selamat, berkualiti tinggi, dan mematuhi standard yang telah ditetapkan.

“Selain itu, usaha transformasi industri akuakultur terus diperkukuh melalui pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA) serta penggunaan teknologi moden seperti Recirculating Aquaculture System (RAS) dan teknologi Internet Kebendaan (loT).

“Pembangunan baka udang tempatan bebas penyakit juga rerus dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.