Ranking FIFA: Malaysia kini di kedudukan ke-136 dunia

12 Jun 2026, 2:31 AM

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Ranking skuad Harimau Malaya naik ke kedudukan 136 dunia dalam ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kemas kini terbaharu itu, Harimau Malaya mengumpul 1086.22 mata, naik dua anak tangga berbanding ke-138 dunia sebelum ini.

Peningkatan dua anak tangga itu dibantu sepenuhnya oleh prestasi pasukan lain seperti India dan Latvia, memandangkan skuad negara tidak beraksi pada jendela antarabangsa.

Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-94 diikuti Vietnam (99), Indonesia (118), Filipina (135) dan Singapura (148).

Jepun pula terus menguasai kedudukan Asia dengan berada pada kedudukan ke-18 dunia diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (25).

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.