Iran tutup Selat Hormuz selepas AS lancar serangan baharu

11 Jun 2026, 1:20 AM
Iran tutup Selat Hormuz selepas AS lancar serangan baharu

ISTANBUL, 11 JUN: Ibu pejabat tentera Iran pada awal Khamis mengumumkan penutupan sepenuhnya Selat Hormuz kepada semua kapal susulan ketegangan dan permusuhan yang semakin memuncak di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan Iran, ibu pejabat Khatam al-Anbiya berkata laluan air strategik itu ditutup kepada semua lalu lintas, termasuk kapal tangki minyak dan kapal komersial, susulan apa yang disifatkannya sebagai ketidakamanan di rantau itu.

Ia memberi amaran bahawa "sebarang pergerakan" melalui selat itu akan menjadi sasaran.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat berikutan "pencerobohan Amerika" dan serangan AS baru-baru ini ke atas kawasan di wilayah Hormozgan selatan Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.