OIC gesa dunia tekan Israel hentikan rampasan dana cukai Palestin

10 Jun 2026, 2:58 PM
OIC gesa dunia tekan Israel hentikan rampasan dana cukai Palestin

RAMALLAH, 10 JUN: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam kelulusan rang undang-undang oleh Parlimen Israel yang memperluaskan mekanisme rampasan hasil cukai Palestin, sambil menegaskan yang tindakan itu merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan perjanjian dua hala yang dimeterai.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), OIC memberi amaran mengenai kesan serius langkah yang disifatkan sebagai tidak sah itu kerana ia mencabuli hak rakyat Palestin serta sumber kewangan mereka, selain memburukkan lagi keadaan kemanusiaan dan ekonomi yang semakin merosot di wilayah Palestin yang diduduki.

OIC turut mengulangi gesaannya kepada masyarakat antarabangsa agar memikul tanggungjawab dengan memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan apa yang disifatkannya sebagai rampasan hasil pendapatan Palestin secara terang-terangan.

Pertubuhan itu juga menuntut agar semua dana cukai Palestin yang ditahan dikeluarkan serta-merta dan tanpa syarat.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.