AGENDA

Fomca gesa ambil tindakan tegas peniaga manipulasi harga barang

19 Mac 2020, 7:48 AM
Fomca gesa ambil tindakan tegas peniaga manipulasi harga barang

SHAH ALAM, 19 MAC: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Timbalan Pengerusinya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata denda yang tinggi wajar dikenakan sebagai pengajaran dan pengguna tidak sepatutnya panik mengenai bekalan barangan keperluan.

"Pembelian panik itu tidak sepatutnya berlaku sebab kedai masih dibuka dan barangan masih dijual. Dalam keadaan sekarang penguatkuasa perlu memantau dan ambil tindakan segera," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata setakat ini Fomca tidak menerima aduan berkaitan kenaikan harga barang dan terus menasihatkan pengguna supaya tenang sepanjang perintah yang dijadualkan sehingga 31 Mac.

Mohd Yusof berkata pengguna perlu mematuhi printah dikeluarkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19 dan hanya keluar jika perlu di samping mempraktikkan amalan kebersihan walaupun di rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.