AGENDA

Yazit Search meninggal dunia

26 Sep 2019, 5:50 AM
Yazit Search meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, meninggal dunia pada 11.53 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur.

Rakan baiknya, Ashaari Mohd Nasir mengesahkan perkara itu dalam kenyataan yang disampaikan melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, Allahyarham akan dibawa ke Salehuddin Al-Ayyubi, Taman Melati di sini untuk solat jenazah sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.

Allahyarham, 57, meninggalkan seorang isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38; Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.