Ikan di Laut

31 Mei 2026, 2:59 AM
Ikan di Laut

Oleh Jelison Jupin

Ilustrasi Muizzah

Setelah aku kau tangkap di telapak tanganmu

izinkanku sekali ini berenang di laut rezekimu menjadi perahu

perahu kayu muat tiga; sabar, cita dan doa

lepaskan aku di bawah dadamu.

Di gelombang pertama satu daripadanya kulepaskan menjadi unggas

kala reda merata aku lepaskan satu lagi menjadi kapal kertas

saat gelora memulas aku gugurkan satu lagi ke dasar

nah sekarang rohmu di sini pada samudera yang segan kau miliki.

Dan, kau tak perlu berterima kasih kepadaku

sebenarnya aku cuma seekor ikan sesat di jaringmu

meloncat di pintu petimu

nah bawalah aku pulang bertemu isteri dan anak-anakmu, 

aku ingin mewangikan makan malam kamu.  

 

Batu 6, Paitan

17 Februari 2026

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.