Aidiladha: Trafik Gua Musang-Kuala Lipis sesak empat kilometer

26 Mei 2026, 7:05 AM
Aidiladha: Trafik Gua Musang-Kuala Lipis sesak empat kilometer

GUA MUSANG, 26 MEI: Laluan Gua Musang-Kuala Lipis sesak kira-kira empat kilometer susulan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidiladha esok.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kesesakan dilaporkan berlaku di sempadan Pahang-Kelantan berhampiran Kampung Mentara di sini yang berpunca daripada kenderaan yang bergerak perlahan untuk memasuki bandar Gua Musang.

"Terdapat pertambahan bilangan kenderaan memasuki daerah ini berbanding semalam, namun keadaan terkawal terutamanya di Kampung Mentara.

"Selain itu, aliran lalu lintas didapati bergerak perlahan di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara menuju ke Kuala Krai ketika ini," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata anggota polis trafik telah ditugaskan untuk memantau keadaan semasa dan melakukan penyuraian sekiranya perlu bagi membantu melancarkan aliran trafik.

"Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi peraturan jalan raya, menjaga jarak kenderaan dan merancang perjalanan dengan sebaiknya bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang lebih lama," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama setakat 2 petang tadi di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang terutamanya dekat Kampung Mentara sehingga Kampung Lepan Jaya mendapati aliran trafik masih bergerak perlahan di kawasan terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.