17 kucing divaksin di Taman Kucing Klang

21 Mei 2026, 11:30 AM
17 kucing divaksin di Taman Kucing Klang

KLANG, 21 MEI: Sebanyak 17 ekor kucing menerima vaksinasi menerusi Program Vaksinasi Kucing hasil kerjasama ECO VET Klang Sentral dan komuniti penjaga kucing di Taman Kucing Klang, hari ini.

Majlis Bandar Diraja Klang (MBDK) memaklumkan program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu dikendalikan Dr Hamdan dari ECO VET Klang Sentral

"Program ini bertujuan memastikan tahap kesihatan dan kebajikan haiwan sentiasa terpelihara selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan haiwan peliharaan," katanya dalam kenyataan.

Menurut MBDK, setiap kucing perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan menerima vaksin.

Sebanyak 17 ekor kucing divaksin di Taman Kucing Klang pada 21 Mei 2026. Foto Facebook MBDK

“Kucing telah dikuarantin selama 14 hari sebelum vaksinasi selain menjalani pemeriksaan suhu badan bagi memastikan haiwan berada dalam keadaan sihat.

“Timbangan berat turut dilakukan dan hanya kucing melebihi 1 kilogram dibenarkan menerima vaksin,” katanya.

Selain itu, MBDK memaklumkan setiap kucing yang sudah divaksin dipakaikan gelang pada leher sebagai tanda pengesahan.

MBDK turut merakamkan penghargaan kepada ECO VET Klang Sentral dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.