SHAH ALAM, 21 MEI: Pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan ketiga kejohanan, Tomoka Miyazaki dari Jepun, untuk mara ke suku akhir Masters Malaysia.
Pada aksi pusingan kedua di Arena Unifi, Bukit Jalil, sebentar tadi, Letshanaa yang menghuni ranking ke-32 dunia mencatat kemenangan 21-15, 21-17 dalam tempoh 45 minit, lapor Berita Harian.
Letshanaa sebelum ini tewas kepada pemain ranking kesembilan dunia itu dalam dua pertemuan di Kejohanan Badminton Asia 2025 dan Terbuka Jerman, Februari lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu dijadual berdepan pemenang perlawanan antara wakil China, Han Qian Xi dan pemain Jepun, Hina Akechi bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei yang terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain India, Ashmita Chaliha 13-21, 16-21 dalam tempoh 27 minit.








