Jawatankuasa Road To Gold sedia pertimbang senarai semula Azizulhasni

20 Mei 2026, 5:32 AM
Jawatankuasa Road To Gold sedia pertimbang senarai semula Azizulhasni

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Jawatankuasa Road To Gold (RTG) dalam pertimbangan untuk menyenaraikan semula legenda basikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang ke dalam program elit itu.

Penyelaras RTG Datuk Stuart Ramalingam bagaimanapun berkata pelumba yang mendapat julukan the pocket rocketman itu, perlulah menepati krieteria yang ditetapkan iaitu perlu berada di kelompok lapan terbaik dunia.

“Untuk program RTG, kita mengharapkan prestasi Datuk (Muhammad) Azizulhasni yang semakin lama semakin baik boleh diterima masuk dalam program RTG. Kami sentiasa terbuka buat Datuk (Muhammad) Azizulhasni kembali semula ke RTG.

“Tetapi sebagaimana semua tahu kriteria RTG adalah jelas, setelah mereka capai kedudukan lapan terbaik dunia, beliau akan diterima semula secara automatik,” katanya ketika semalam.

Untuk rekod, Muhammad Aziulhasni ketika ini berada di kedudukan ke-23 dunia hasil daripada dua pingat emas dalam acara keirin di Siri Trek Piala Dunia baru-baru ini.

Selain itu beliau juga turut cemerlang meraih gangsa dalam acara pecut individu juga pada Siri Trek Piala dunia yang berlangsung di Nilai dan Perth Australia.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.