SHAH ALAM, 14 MEI: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat membuka permohonan Hadiah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sebagai penghargaan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang.
Permohonan dibuka kepada pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan SPM 2025 selain ibu bapa atau penjaga pemohon juga perlu merupakan pengundi berdaftar di DUN Tanjong Sepat.
“Permohonan dibuka sebagai penghargaan terhadap usaha dan pencapaian akademik pelajar di kawasan ini,” katanya menerusi kenyataan Facebook.
Orang ramai boleh membuat permohonan dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSec1wGND1moeclT9QUnVhm1Id4BhOsu_nGFtU6IH4RYJK7ZPQ/viewform.
Permohonan hadiah pelajar cemerlang akan ditutup pada 25 Mei 2026 ini.







