Orang ramai digesa segera mohon STR Fasa 3 sebelum 15 Jun

13 Mei 2026, 8:52 AM
Orang ramai digesa segera mohon STR Fasa 3 sebelum 15 Jun

SHAH ALAM, 13 MEI: Permohonan baharu dan rayuan bagi kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2026 akan ditutup pada 15 Jun ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan orang ramai yang belum mengemukakan permohonan atau rayuan diminta berbuat demikian sebelum tarikh akhir berkenaan.

Menurut menerusi hebahan rasmi, permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan.

Program STR merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.