Polis siasat dakwaan bayi patah tulang paha ketika rawatan akibat jaundis

13 Mei 2026, 8:15 AM
Polis siasat dakwaan bayi patah tulang paha ketika rawatan akibat jaundis

SUNGAI PETANI, 13 MEI: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang bayi lelaki berusia 13 hari mengalami patah tulang paha ketika menerima rawatan akibat jaundis di sebuah hospital di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata satu laporan polis telah dibuat oleh bapa bayi itu pada Isnin lepas dan pihaknya telah menjalankan siasatan.

"Kita masih jalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001," katanya kepada Bernama hari ini.

Isnin lepas, bapa bayi terbabit, Muhammad Nor Fadly Mohd Shaidi, 38, dilaporkan berkata dia dan isterinya, Nor Shahila Abd Hamid, 34, hanya menyedari kejadian itu pada petang Ahad selepas mendapati paha kanan bayi mereka dalam keadaan berbalut.

Muhammad Nor Fadly berkata semasa bayinya dilahirkan pada 28 April lepas melalui kaedah pembedahan, keadaannya normal dan mampu menggerakkan anggota badan termasuk kedua-dua kaki dengan baik.

Kejadian itu kemudiannya tular di media sosial yang turut memaparkan gambar keadaan bayi tersebut yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.