Amaran cuaca buruk di beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini

13 Mei 2026, 1:38 AM
Amaran cuaca buruk di beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini

SHAH ALAM, 13 Mei: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Semenanjung ialah Langkawi di Kedah; Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang; Manjung, Bagan Datuk serta Hilir Perak di Perak; selain seluruh Melaka.

Di Johor, amaran cuaca buruk melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Bagi Sarawak, kawasan dijangka terjejas ialah Julau dan Meradong di Sarikei; Sibu dan Kanowit di Sibu; Kapit dan Bukit Mabong di Kapit; serta Subis dan Miri di bahagian Miri.

Di Sabah pula, amaran melibatkan Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau di Pedalaman; Papar, Putatan, Penampang serta Kota Kinabalu di Pantai Barat; selain Kudat.

Labuan turut berada dalam kawasan amaran.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

“Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.