SHAH ALAM, 12 MEI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 3 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Selangor, hujan lebat dijangka melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.
Di Kedah, Langkawi, Sik dan Baling dijangka hujan lebat sementara Pulau Pinang di Barat Daya dan Timur Laut dijangka alami cuaca sama.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
Sementara di Kelantan melibatkan Jeli, Pahang (Tanah Tinggi Cameron), Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak di Miri dan Sabah, Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.











