Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 7 malam

5 Mei 2026, 8:06 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 7 malam
Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 7 malam
Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga jam 7 malam hari ini.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut berada dalam amaran cuaca buruk.

Di utara, kawasan terjejas meliputi Perlis, Kedah termasuk Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang.

Di Perak, antara kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Pantai Timur negeri terlibat adalah Kelantan membabitkan Kuala Krai manakala Pahang di Jerantut.

Di selatan, Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala Johor pula di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak kawasan terlibat adalah Miri (Subis) sementara di Sabah pula Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku lebih sejam.

Amaran ini bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri sehingga jam 7 malam pada 5 Mei 2026. Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.