Kapal tangki bawa diesel dirampas di Yaman, dikesan menuju Somalia

4 Mei 2026, 12:47 AM
Kapal tangki bawa diesel dirampas di Yaman, dikesan menuju Somalia

DOHA, 4 Mei: Sebuah kapal tangki minyak berdaftar Togo, M/T EUREKA, memasuki perairan wilayah Somalia pada Ahad selepas dirampas di luar pantai Yaman, menurut pengawal pantai Yaman, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kapal tangki itu, yang membawa kira-kira 2,800 tan bahan api diesel, sedang meneruskan pelayaran menuju ke pantai timur laut Somalia di bawah kawalan sembilan warga Somalia bersenjata pelbagai jenis senjata termasuk RPG,” menurut pengawal pantai itu.

Kapal tangki itu dirampas pada Sabtu berhampiran pantai tenggara Yaman sebelum dialihkan ke arah Somalia.

Kapal itu membawa muatan diesel dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Terdapat 12 kru kapal terdiri daripada warga Mesir dan India di atas kapal, menurut pengawal pantai Yaman.

Pengawal pantai memaklumkan kapal mereka tidak dapat memintas kapal tangki itu dan terpaksa berpatah balik ke pangkalan di pelabuhan Aden di Laut Merah berikutan kekangan operasi, faktor keselamatan kru serta keadaan laut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.