Status keselamatan 10 rakyat Malaysia belum diketahui selepas 38 jam ditahan Israel

1 Mei 2026, 8:57 AM
Status keselamatan 10 rakyat Malaysia belum diketahui selepas 38 jam ditahan Israel

BANGI, 1 MEI: Sumud Nusantara Command Center (SNCC) masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan 175 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia selepas 38 jam diculik oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa.

Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata terdapat maklumat awal bahawa kesemua aktivis akan dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra, Pulau Crete, Greece pada 12 tengah hari tadi (waktu Malaysia).

“Namun, status terkini masih belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan juga kumpulan di lapangan kita di pelabuhan tersebut,” katanya pada sidang media khas perkembangan terkini Misi Global Sumud Flotilla 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pendirian tegas dan mengecam tindakan rejim itu kerana melanggar serta mencabul undang-undang antarabangsa.

“(Perdana Menteri turut) memberi komitmen berterusan dan maksimal yang sedang digerakkan bagi membebaskan semua tahanan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.