SHAH ALAM, 29 APRIL: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan notis kesalahan terhadap seorang pelaku yang membuang sampah di rizab Jalan Haji Amin, Kampung Labohan Dagang, Banting, 8 April lalu.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan tindakan tersebut diambil hasil pemantauan kamera pengawasan serta penguatkuasaan berterusan bagi menjaga kebersihan kawasan awam.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan tindakan kompaun RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil 3(a) Mencegah Kekotoran MDKL 1994.
“MPKL komited memastikan persekitaran bersih dan selamat demi kesejahteraan komuniti setempat,” katanya menerusi Facebook.
MPKL sebelum ini mengeluarkan enam notis kesalahan terhadap individu yang didapati membuang sampah di rizab jalan sekitar daerah itu.
Menurutnya orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram boleh menyalurkan laporan melalui saluran berikut aman aduan rasmi: mpkl.spab.gov.my atu hubungi talian: 012-300 4130.







