SHAH ALAM, 7 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara membuka permohonan baucar Jom Shopping sempena Tahun Baharu Cina.
Wakil rakyatnya Izuan Kasim menerusi Facebook memaklumkan permohonan baucar bernilai RM200 itu dibuka dari 3 hingga 15 Januari ini.
Beliau turut mengingatkan pemohon supaya membawa dokumen diperlukan termasuk salinan kad pengenalan, bil elektrik dan slip gaji.
ADN Kota Damansara Izuan Kasim
Pemohon boleh hadir ke pejabat pusat khidmat DUN Kota Damansara di 23a, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Naveen 012-7707423, Jivi 011-31092951 atau Hilwa 012-3714141.
Sebelum ini, EXCO pembasmian kemiskinan memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM4.76 juta bagi baucar Jom Shopping Perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
V Papparaidu berkata 23,800 baucar bernilai RM200 akan diagih pejabat DUN dan penyelaras membabitkan 56 DUN.








