AGENSI

Kilang kitar semula terbakar, tiada mangsa terlibat

27 Feb 2021, 1:43 AM
Kilang kitar semula terbakar, tiada mangsa terlibat

SHAH ALAM, 27 FEB: Sebuah kilang kitar semula di Kampung Jawa, Klang hampir musnah selepas mengalami kebakaran semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kejadian kira-kira jam 3 petang itu melibatkan 80 peratus bangunan Kelas A jenis setingkat.

“Tiada mangsa dilaporkan. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih belum diketahui dan akan disiasat,” kata Norazam Khamis menerusi kenyataan.

Menurutnya seramai 44 anggota bomba terlibat memadamkan kebakaran itu selepas pihaknya tiba di lokasi pada jam 3.30 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Andalas, Puchong, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Anggerik,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.