AGENSI

Covid-19: Kali ke-70 Selangor tiada kes tempatan

18 Sep 2020, 12:00 PM
Covid-19: Kali ke-70 Selangor tiada kes tempatan

SHAH ALAM, 18 SEPT: Selangor mengekalkan sifar kes penularan tempatan Covid-19 kali ke-70 sejak 18 Mac, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Agensi itu memaklumkan tiga kes baharu dicatatkan hari ini membabitkan jangkitan import menjadikan keseluruhan kes sebanyak 2,205.

“Kes import baharu hari ini ialah pengembara bukan warganegara dari Indonesia. Tiada kes discaj dan kematian dilaporkan," katanya.

Semalam, Sepang dikategorikan sebagai zon kuning susulan satu kes aktif dikesan.

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan satu kematian membabitkan wanita warga Filipina berumur 50 tahun di Sabah.

Selain itu, 95 kes baharu dilaporkan dengan empat kes import menjadikan jumlah terkumpul 10,147 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.