AGENDA

Covid-19: Kuala Langat daerah tunggal zon hijau

27 Mei 2020, 3:02 PM
Covid-19: Kuala Langat daerah tunggal zon hijau

SHAH ALAM, 27 MEI: Kuala Langat menjadi satu-satunya kawasan berstatus zon hijau di negeri ini, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Berdasarkan data tersebut jumlah kes aktif Covid-19 di Selangor hari ini adalah 248 dengan daerah Hulu Langat berstatus zon merah apabila merekodkan 124 kes aktif.

Manakala zon jingga ialah Sepang merekodkan 40 kes aktif, Petaling (29) dan Gombak (22) diikuti zon kuning iaitu Hulu Selangor (16), Kuala Selangor (sembilan), Klang (lima) dan Sabak Bernam (tiga), jelas BGNS.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (21-40 kes), zon kuning (1-20 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor merekodkan lima kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah terkumpul 1,843 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.