AGENDA

Taufan Mitag semakin hampiri Taiwan

30 Sep 2019, 6:54 AM
Taufan Mitag semakin hampiri Taiwan

BEIJING, 30 SEPT: Biro Cuaca Pusat Taiwan hari ini mengeluarkan amaran susulan taufan Mitag yang semakin menghampiri pulau berkenaan, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut ramalan itu, taufan berkenaan akan sampai ke bahagian utara dan timur laut pada Isnin petang.

Ribut bergerak ke arah barat laut dengan purata kelajuan 27 kilometer sejam.

Kelajuan angin di darat mungkin mencapai 162 kilometer sejam.

Pihak berkuasa tempatan di bahagian utara pulau itu termasuk bandar Taipei mengeluarkan arahan supaya tadika, sekolah, institusi negeri dan kewangan ditutup.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.