AGENSI

Zaiton Sameon kutip RM20,000 buat anak PPDK Meru

28 Jul 2019, 1:21 AM
Zaiton Sameon kutip RM20,000 buat anak PPDK Meru
Zaiton Sameon kutip RM20,000 buat anak PPDK Meru

SHAH ALAM, 28 JUL: Siapa sangka, walaupun sudah begitu lama menyepi diri, penyanyi popular era-80an, Zaiton Sameon masih berbisa apabila berjaya mengutip lebih RM20,000 ketika 'Diva Night bersama Zaiton Sameon'.

Penganjur, Zulkarnain Mohd Yunus berkata, wang kutipan daripada konsert mini amal itu disumbangkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Meru yang sebelum ini mengalami kecurian.

"Atas dasar simpati, Zaiton serta pihak kami dan penaja Butik D’Maiza mengadakan konsert ini.

"Saya difahamkan Kak Eton (Zaiton Sameon) amat bersemangat apabila mendengar nyanyian beliau pada malam ini (tadi) akan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Diva Night bersama Zaiton Sameon di KACH'e Wedding, di sini.

Hadir memeriahkan program ialah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad yang juga isteri kepada Dato' Menteri Besar.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Negeri Sementa, Dr Daroyah Alwi serta hampir 200 tetamu.

Sebelum itu Pemilik Butik D’Maiza, Datin Mainin Jali turut menyerahkan sejumlah wang kepada pihak PPDK Meru, Klang.

Sementara itu, Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan berkata, beliau berasa bertuah kerana sering diberikan peluang untuk terbabit dalam kerja amal.

"Apa yang membuatkan saya sebak apabila melihat wajah anak-anak istimewa yang memerlukan perhatian kita semua.

"Tergamak sungguh pencuri melarikan wang yang sepatutnya digunakan kanak-kanak OKU. Di mana rasa peri kemanusiaan mereka sebenarnya.

"Saya berharap supaya melalui sumbangan dan kerja amal ini dapat mengembirakan hati mereka," katanya.

FOTO: ASRI SAPFIE (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.