Selangor catat pendaftaran harta intelek tertinggi negara

26 Apr 2026, 1:35 PM
Selangor catat pendaftaran harta intelek tertinggi negara

SHAH ALAM, 26 APRIL: Selangor merekodkan pendaftaran hak cipta tertinggi bagi harta intelek menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ketua Pengarahnya, Yusnieza Syarmilla Yusoff berkata pendaftaran yang diterima termasuk daripada pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan.

“Berdasarkan rekod, Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi, diikuti Pulau Pinang, Johor, Perak dan Melaka. Pada tahun lalu sahaja, di Selangor menerima lebih 13,000 permohonan.

“Buat masa ini, kita sentiasa menjalin kerjasama erat dengan semua kerajaan negeri dalam menggalakkan pendaftaran harta intelek, namun kefahaman mengenai pengkomersialannya perlu dipertingkatkan,” katanya kepada Media Selangor.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pihaknya menyasarkan harta intelek bakal menjadi pemacu utama ekonomi sukan negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 128 permohonan pendaftaran bagi industri sukan diterima, yang bukan sahaja berkaitan harta intelek tetapi turut melibatkan inovasi baharu.

“Usahawan harus ingat, pendaftaran bukan sahaja melibatkan peralatan atau harta intelek, malah perkara yang digunakan juga boleh didaftarkan seperti tudung. Pendaftaran bukan terhad kepada aspek teknikal atau teknologi tinggi, sebaliknya barangan harian seperti minuman bertenaga juga boleh didaftarkan.

“Sebab itu kita menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memupuk kesedaran di peringkat awal berhubung pendaftaran harta intelek dalam pelbagai sektor,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.