Anggota penguat kuasa disyaki terima rasuah RM11,000 lindung pekerja asing

21 Apr 2026, 4:02 PM
Anggota penguat kuasa disyaki terima rasuah RM11,000 lindung pekerja asing

GEORGE TOWN, 21 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara November 2024 hingga April 2025.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch ‘n Go miliknya,” menurut sumber itu.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.