320 kes langgar undang-undang direkodkan dalam Ops Tiris 4.0 Bersepadu

20 Apr 2026, 7:51 AM
320 kes langgar undang-undang direkodkan dalam Ops Tiris 4.0 Bersepadu
320 kes langgar undang-undang direkodkan dalam Ops Tiris 4.0 Bersepadu

KOTA KINABALU, 20 APRIL: Sebanyak 320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu bermula 16 Mac sehingga semalam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kes berkenaan dikesan hasil 18,261 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 138 kes melibatkan rampasan barangan kawalan diesel, diikuti petrol (77 kes), LPG (41 kes), minyak masak (35 kes), gula (22 kes) dan tepung gandum (tujuh kes), manakala 85 individu ditahan bagi membantu siasatan.

“Ini isyarat tegas kerajaan terhadap pihak yang cuba mengaut keuntungan haram atas subsidi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 Bersepadu peringkat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menterinya Datuk Dr Fuziah Salleh serta Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Caesar Mandela Malakun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.