Polis siasat 30 kes hasutan, beri amaran pengguna media sosial

17 Apr 2026, 8:07 AM
Polis siasat 30 kes hasutan, beri amaran pengguna media sosial

SHAH ALAM, 17 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan atau provokasi yang melanggar undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk M. Kumar berkata trend perdebatan melampau di media sosial kini semakin membimbangkan kerana boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan masyarakat.

Menurut beliau, dari Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 30 kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 melibatkan kenyataan yang menyentuh institusi diraja, kaum, sistem keadilan dan kerajaan.

“Bagi kesalahan ini, pesalah boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan kenyataan berunsur fitnah atau penghinaan.

PDRM turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan platform digital untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan ruang digital kekal selamat dan harmoni.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.