Alif Satar & The Locos memeriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

16 Apr 2026, 7:06 AM
Alif Satar & The Locos memeriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.
Alif Satar & The Locos memeriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.
Alif Satar & The Locos memeriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Apakah makna meraikan Raya Sama Sama? Bagi MR D.I.Y. (Malaysia) Berhad, ia bermaksud menyatukan orang ramai untuk berkongsi kegembiraan di musim perayaan.

Semangat ini dizahirkan di Rumah Terbuka Hari Raya 2026 MR D.I.Y., ‘Raya Sama Sama’, di mana 300 tetamu berkumpul di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur untuk menikmati satu malam penuh budaya, kemesraan dan komuniti.

Acara ini turut meraikan para pemenang ‘Raya Sama Sama Dance Challenge’, yang menyertai sambutan tersebut bersama tetamu istimewa Alif Satar dan kumpulan muziknya, The Locos.

Dikenali ramai menerusi wataknya sebagai Izzat dalam filem web Raya MR D.I.Y. “Raya Sama Sama”, kehadiran Alif menghidupkan jalan cerita kempen tersebut, sekali gus menggembirakan para peminat dan tetamu.

Meraikan para pemenang 'Cabaran Tarian Raya Sama Sama' MR D.I.Y bersama Alif Satar & The Locos.

Filem web ini telah meraih 51,000,000 tontonan, mencerminkan tahap penglibatan yang tinggi dengan para penonton di seluruh negara.

Selaras dengan semangat ‘Raya Sama Sama’, para tetamu turut disajikan dengan pelbagai aktiviti perayaan termasuk bengkel interaktif, hidangan juadah Raya yang popular, serta persembahan tradisional yang menyerikan lagi suasana majlis. .

Malam tersebut mencapai kemuncaknya dengan suasana meriah apabila para tetamu, pemenang pertandingan dan para penghibur berkumpul di lantai tarian untuk menari mengikut lagu ‘Raya Sama Sama’, sekaligus menggambarkan semangat kebersamaan yang menjadi teras sambutan Hari Raya.

Naib Presiden Pemasaran, Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Di MR D.I.Y., kami percaya bahawa Hari Raya paling bermakna apabila diraikan bersama.

"Menerusi ‘Raya Sama Sama’, kami mendekatkan orang ramai melalui pengalaman yang dikongsi, tradisi yang menggembirakan serta detik-detik yang sederhana namun bermakna. Kami sungguh gembira melihat semua yang hadir dan meraikannya bersama-sama.”

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah raya di Rumah Terbuka 'Raya Sama Sama' MR D.I.Y.

Kempen ‘Raya Sama Sama’ mencerminkan komitmen MR D.I.Y. dalam meraikan detik perayaan bersama rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, di samping terus menambah nilai kepada sambutan harian.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.