AS sahkan dron perisik paling mahal hilang semasa perang Iran

16 Apr 2026, 6:25 AM
AS sahkan dron perisik paling mahal hilang semasa perang Iran

ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) kehilangan salah satu dron pengawasan paling canggih dan mahal miliknya, MQ-4C Triton, di Teluk Parsi ketika konflik di Iran.

Dron tersebut dianggarkan bernilai antara AS$200 juta hingga AS$240 juta, iaitu kira-kira dua kali ganda harga dua jet pejuang Lockheed Martin F-35, yang versi naik tarafnya berharga hampir AS$100 juta.

Dron MQ-4C itu dilaporkan hilang selepas menghantar isyarat kecemasan “kod 7700” ketika menjalankan operasi berhampiran Selat Hormuz pada 9 April lalu.

Markas Tentera Laut AS mengesahkan kehilangan sebuah MQ-4C dalam ringkasan insiden yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut ringkasan tersebut, pesawat tanpa pemandu berkeupayaan tinggi dan berdaya tahan lama (HALE) itu terhempas di Teluk Parsi.

Di bawah sistem klasifikasi yang digunakan oleh Jabatan Perang AS, sebarang insiden yang melibatkan kerosakan melebihi AS$2.5 juta dikategorikan sebagai insiden Kelas A.

Pada 9 April, laporan awal menyatakan dron MQ-4C itu ditembak jatuh oleh pertahanan udara Iran.

Bagaimanapun, Markas Tentera Laut AS pada Selasa memaklumkan bahawa dron tersebut sebenarnya terhempas.

Ringkasan insiden itu tidak memperincikan punca kejadian dan hanya menyatakan dron berkenaan “terhempas” serta “tiada kecederaan melibatkan anggotanya”.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.