MPKS tutup premis, sita peralatan niaga warga asing

8 Apr 2026, 10:10 AM

SHAH ALAM, 8 APRIL: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengambil tindakan tegas termasuk menutup beberapa premis perniagaan yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan sedia ada semak.

Majlis memaklumkan tindakan berkenaan dibuat selepas pihaknya menjalankan operasi bersepadu premis warga asing bersama pelbagai agensi penguatkuasaan sekitar Kuala Selangor, Sungai Buloh dan Jeram.

“Sebanyak 13 premis telah diperiksa dalam operasi ini merangkumi premis cuci kenderaan, kedai runcit serta premis perkhidmatan lain. Majlis turut keluarkan 28 kompaun selain sembilan notis melibatkan pelbagai kesalahan serta tiga sitaan.

“Ia melibatkan pelbagai peralatan niaga seperti mesin vakum, mesin jet air, tong pemampat udara, pemampat udara sabun serta mesin jahit pakaian,” katanya menerusi kenyataan.

Majlis memaklumkan antara kesalahan dilakukan premis terbabit seperti menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-undang Kecil, mempamer iklan tanpa lesen serta gagal menurunkan iklan buruk.

Menurutnya, kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan kebersihan premis, membuang sampah atau bendasing ke dalam longkang serta meninggalkan barang perniagaan di belakang premis.

“Kesalahan disiasat mengikut Seksyen 46(1)(d) dan Seksyen 70(11), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) berkaitan halangan di tempat awam serta kesalahan struktur bangunan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.