Pusat khidmat DUN Seri Serdang kekal operasi, tiada BDR

8 Apr 2026, 8:39 AM
Pusat khidmat DUN Seri Serdang kekal operasi, tiada BDR
Pusat khidmat DUN Seri Serdang kekal operasi, tiada BDR
Pusat khidmat DUN Seri Serdang kekal operasi, tiada BDR
Pusat khidmat DUN Seri Serdang kekal operasi, tiada BDR
Pusat khidmat DUN Seri Serdang kekal operasi, tiada BDR

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang terus beroperasi seperti biasa tanpa pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Wakil rakyatnya Abbas Azmi berkata keputusan itu diambil susulan keperluan rakyat yang masih memerlukan akses bantuan serta maklumat secara bersemuka.

“Kita teruskan macam biasa, di pusat khidmat dalam keadaan yang tidak menentu ini rakyat lebih memerlukan perhatian.

“Kalau pusat khidmat mengambil langkah BDR saya kira itu boleh menjejaskan sedikit perkhidmatan kita,” katanya ditemui selepas melakukan tinjauan harga barang dan bekalan makanan di Pasar Borong Selangor hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Abbas Azmi bercakap kepada media ketika melakukan tinjauan harga barang dan bekalan makanan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan pada 8 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Menurutnya, kehadiran orang ramai ke pusat khidmat juga adalah tinggi dengan purata 50 pengunjung setiap hari di dua pusat yang beroperasi menjadikan pelaksanaan BDR tidak praktikal kerana jumlah kehadiran yang ramai.

Tegasnya, dalam situasi semasa, kehadiran fizikal di pusat khidmat amat penting bagi membantu rakyat mendapatkan penyelesaian serta bantuan yang diperlukan dengan segera.

“Sehubungan itu, operasi pusat khidmat diteruskan sepenuhnya dengan penambahbaikan program bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.

“Tidak ada penutupan dan sebagainya, kita bekerja seperti biasa, malah kita tambah lagi dengan program lain,” katanya.

Tinjauan orang ramai membeli barang keperluan harian di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan pada 8 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Pada 1 April lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Selain itu, kerajaan turut menyelaraskan kuota subsidi BUDI MADANI 95 kepada 200 liter sebulan bermula 1 April, di samping menguatkuasakan had pengisian harian diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi memastikan pengurusan sumber tenaga lebih efisien.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.