15 premis diambil tindakan langgar undang-undang alam sekitar

6 Apr 2026, 1:43 PM
15 premis diambil tindakan langgar undang-undang alam sekitar
15 premis diambil tindakan langgar undang-undang alam sekitar

SHAH ALAM, 6 APR: Sebanyak 15 premis dikesan tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dalam OPS Gempur dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor.

JAS menerusi kenyataan memaklumkan, operasi bersepadu itu dijalankan bagi memastikan pematuhan premis terhadap akta, perintah dan peraturan yang berkuat kuasa.

"Ops Gempur ini melibatkan tujuh cawangan/unit serta 13 pasukan penguat kuasa JAS Negeri Selangor. Sebanyak 32 premis digempur.

"Hasil pemeriksaan mendapati 15 premis tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas pelbagai kesalahan," katanya menerusi kenyataan.

Susulan itu, 32 field citation, 29 kompaun, 16 notis arahan serta 16 kertas siasatan dikeluarkan terhadap premis terlibat.

Dalam pada itu, semua pihak diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang alam sekitar yang ditetapkan.

"Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak disabitkan kesalahan dan dibawa ke mahkamah," menurut kenyataan sama.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kes pencemaran kepada JAS melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau sistem e-aduan rasmi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.