Selangor optimis capai sembilan juta pelancong meski berdepan krisis Asia Barat

5 Apr 2026, 3:30 AM
Selangor optimis capai sembilan juta pelancong meski berdepan krisis Asia Barat
Selangor optimis capai sembilan juta pelancong meski berdepan krisis Asia Barat
Selangor optimis capai sembilan juta pelancong meski berdepan krisis Asia Barat
Selangor optimis capai sembilan juta pelancong meski berdepan krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Selangor kekal optimis mencapai sasaran sembilan juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Selangor 2026 walaupun berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat.

EXCO Pelancongan berkata krisis global itu dijangka memberi sedikit kesan terhadap kedatangan pelancong, khususnya dari rantau Barat dan Asia Barat, namun langkah proaktif telah dirangka bagi memastikan sektor itu terus kukuh.

Menurut Dato’ Ng Suee Lim antara strategi utama adalah mengalihkan fokus promosi kepada pasaran Asia yang dilihat lebih berpotensi termasuk Jepun, China, Taiwan serta negara Asia Tenggara.

Selain itu, usaha turut dipergiat untuk menarik pelancong dari Australia sebagai sebahagian langkah mengimbangi kekurangan dari pasaran tertentu.

“Memang kita jangka ada sedikit implikasi daripada krisis ini, namun kita tetap optimis. Dengan promosi berterusan dan sasaran yang lebih tepat, kita yakin mampu mengimbangi kekurangan daripada pasaran tertentu.

EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim merasmikan pakej pelancongan Klang sempena MATTA Fair 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 4 April 2026. Hadir sama Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain (dua, kri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Kita akan mempergiat promosi kempen Tahun Melawat Selangor dan Malaysia 2026 melalui jelajah ke beberapa negara seperti China, Indonesia dan Australia, termasuk di sekitar Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Klang di pentas utama MATTA Fair di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Mengulas mengenai kemungkinan pengurangan pelancong dari Asia Barat, Suee Lim berkata pihaknya yakin kekurangan itu boleh diimbangi dengan kehadiran pelancong dari pasaran lain.

Beliau berkata pendekatan itu turut disokong dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif promosi termasuk siri jelajah antarabangsa serta pengukuhan segmen pelancongan seperti pelancongan kesihatan dan gastronomi.

“Memang dalam situasi perang akan ada kesan, namun dengan promosi berterusan dan sasaran tepat, kita berupaya menggantikan kelompok pelancong yang berkurangan dengan pasaran lain,” katanya.

Orang ramai membanjiri Pavilion Selangor sempena MATTA Fair 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 4 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.