Bunyi ketukan pahat memecah kesunyian bengkel kecil di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam. Di sinilah seorang bapa menurunkan kemahiran kepada anaknya, Eri Ardianto Martono, yang kini meneruskan legasi keluarga.
Setiap proses di Marta Ina Resources bermula daripada lakaran corak sebelum dibentuk dan diukir dengan teliti menggunakan pelbagai jenis pahat. Setiap lekuk dan alur dihasilkan dengan cermat bagi memastikan motif yang terhasil menepati kehendak pelanggan.
Jurugambar Hanisah Othman merakam setiap detik di bengkel ini, memperlihatkan transformasi kayu mentah menjadi karya seni yang sarat ketelitian, kesabaran dan nilai warisan.
Lakaran awal dibuat pada permukaan kayu bagi memastikan ketepatan corak sebelum dipahat.
Corak yang telah dilakar dipotong mengikut bentuk bagi membentuk asas ukiran.
Corak ukiran pada daun pintu dilakukan secara manual menggunakan pahat dan penukul.
Eri Andrianto Martono, menunjukkan hasil kayu larik di bengkel miliknya.
Bongkah kayu dibentuk menggunakan mesin larik mengikut reka bentuk yang ditetapkan.
Pemilik Marta Ina Resources, Eri Andrianto Martono, menunjukkan antara koleksi ukiran yang dihasilkan di bengkel miliknya.
Antara hasil ukiran yang telah dihasilkan di Marta Ina Resources.
Martono Muajib, menunjukkan hasil ukiran terkecil yang pernah dihasilkan.