Polis rekod 41 kes pukau libat kerugian RM1.4 juta tahun lalu

2 Apr 2026, 9:37 AM
Polis rekod 41 kes pukau libat kerugian RM1.4 juta tahun lalu

SHAH ALAM, 2 APRIL: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyiasat 41 kes jenayah penipuan pukau membabitkan nilai kerugian RM1.4 juta sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata jumlah itu meningkat 11 kes berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan kerugian sebanyak RM542,950.

Jelas beliau, tujuh tangkapan suspek kes jenayah penipuan pukau dibuat pada tahun lalu berbanding sembilan tangkapan pada tahun sebelumnya, lapor Berita Harian.

"Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu Januari dan Februari, tujuh kes dilaporkan mangsa jenayah penipuan pukau dengan kerugian dialami mangsa yang direkodkan berjumlah RM684,653.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan tindakan selanjutnya sedang dijalankan pegawai penyiasat," katanya kepada BH.

Rusdi berkata, pihaknya melaksanakan masing-masing tiga pertuduhan pada tahun tahun lalu dan 2024, selain satu pertuduhan pada tahun ini berdasarkan tangkapan terhadap suspek kes jenayah penipuan itu sebelum ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat di negara ini terutama golongan pesara dan warga emas lebih berwaspada dan tidak mempercayai individu tidak dikenali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.