AGENDA

Dua beradik Orang Asli hilang ditemukan lemas

5 Mei 2025, 5:07 AM
Dua beradik Orang Asli hilang ditemukan lemas

KUALA KRAI, 5 MEI: Dua beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat, di sini sejak Sabtu lalu, ditemukan lemas di dua lokasi berbeza hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian Zulhilmi Baharudin berkata mayat Irruwan Rantau, 18, ditemukan di Pengkalan Pasir, Paloh Rawa, Machang pada 8.50 pagi tadi.

"Mayat Rahidi Rantau, 16, pula dijumpai di Pengkalan Pasir, Bukit Panau, Tanah Merah kira-kira 10 pagi," katanya hari ini.

Beliau berkata mayat Irruwan ditemukan penduduk kampung pada jarak kira-kira 25 kilometer dari lokasi kejadian manakala mayat Rahidi dijumpai pada jarak 35 kilometer.

"Jarak penemuan mayat agak jauh berpunca daripada faktor cuaca serta arus sungai deras berikutan hujan pada malam sebelumnya. Mayat dihantar ke Hospital Machang dan Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.