AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, empat daerah di Selangor hingga 6 petang

28 Okt 2022, 7:23 AM
Amaran hujan lebat di KL, empat daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 28 OKT: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan.

Hujan dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang , Johor,  Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.