AGENDA

MB: Pelajar tingkatan satu ditawar biasiswa hingga RM1,000 setahun

3 Dis 2020, 1:05 AM
MB: Pelajar tingkatan satu ditawar biasiswa hingga RM1,000 setahun
MB: Pelajar tingkatan satu ditawar biasiswa hingga RM1,000 setahun

SHAH ALAM, 3 DIS: Biasiswa sebanyak RM700 sehingga RM1,000 ditawarkan kepada 420 anak Selangor cemerlang yang bakal memasuki tingkatan satu tahun depan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu ditawarkan menerusi Program Rancangan Khas Pendidikan 2021 anjuran Yayasan Selangor.

"Selain daripada biasiswa yang dibayar dua kali setahun, program ini turut menyediakan bantuan kelas tambahan dan program jati diri.

"Program ini bagi menyediakan pelajar agar lebih berketrampilan dan yakin mengharungi cabaran masa hadapan," kata menerusi kenyataan di Facebook.

Pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui https://yayasanselangor.org.my atau menghantar borang secara manual kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-76691218, 03-76691158, 03-76691177, 03-76691150 atau 03-76691141.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.